Sunday, November 9, 2008

Apa hukum memakai henna(inai) kat badan?

Memakai henna atau inai pada tangan kaki perbahasannya seperti berikut:

Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.

Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

(dipetik dari posting zayed di alahkam.com.my)

Namun begitu, ulama berpandangan mengharamkan inai/hayeena menyalahi sunnah (syed sabiq). ini berdasarkan hadis nabi menyuruh kaum wanita muslim berbeza dengan bukan Islam yang tidak berinai dan beberapa hadis yang lain.

Mengenai perkara ini seperti yang diutarakan di atas, khilaf ulama. Mengenai menginaikan lelaki bukan Islam, kalau dah harus bagi lelaki Islam, apatah lagi bagi lelaki bukan Islam. Tidaklah ia menjadi masalah.

wallahualam

No comments: